Rava Kesari

Rava Kesari adalah hidangan manis yang popular dari masakan India Selatan. Ia diperbuat daripada rava atau suji, ghee, gula, tepung buah pelaga dan kacang. Ia sangat popular di kalangan isi rumah kerana cara penyediaannya yang mudah. Tambahan pula, hidangan ini tidak diperbuat dengan pewarna tiruan, ia menggunakan secubit saffron sebagai pewarna yang lebih semulajadi. Untuk menyediakan hidangan ini, gula, saffron dan tepung buah peleaga akan dimasukkan ke dalam air yang mendidih. Selepas itu, suji akan dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam larutan tersebut. Seterusnya, ghee dan kacang akan dimasukkan ke dalam adunan dan dikacau sehingga menjadi pekat. Akhir sekali, ia akan dimasukkan ke dalam acuan dan disejukkan. Rava Kesari kebiasaannya di makan sebagai sarapan pencuci mulut atau pencuci mulut selepas makan.



EmoticonEmoticon