Kuih Tradisional Kaum India


Ini adalah kuih tradisional bagi kaum india yang terdapat di Jalan Masjid India,Kuala Lumpur. Kesemua kuih-kuih ini dijual dengan harga RM1.00 sahaja untuk 3 biji. Bermula dari kiri, nama kuih ini adalah Vellei Kadala iaitu kacang kuda, Molugu Vadai iaitu cili hijau. Pakoda, Pokka Vadai, Paruppu Vadai, Bonda dan akhir sekali Samosa. Kesemua kuih-kuih ini berasal daripada india selatan. Kebanyakan kuih-kuih ini diperbuat daripada bahan daun kari, cili, bawang dan kacang dal. Dengan adanya kesemua bahan ini, ia membuatkan kuih ini menjadi sedap, enak dan boleh dimakan bersama keluarga atau orang yang tersayang.


EmoticonEmoticon