Nasi Daun Pisang


Hidangan nasi daun pisang  ini berasal dari India Selatan negeri Tamil Nadu, Kerala. Hidangan nasi daun pisang merupakan hidangan vegetarian atau hidangan bersayur yang sering kali dihidangkan di kuil-kuil selepas upacara sembahyang atau semasa pesta keraian atau perayaan.Masyarakat India telah menjadikan hidangan nasi daun pisang ini sebagai hidangan makanan tengah hari mereka semasa bekerja di ladang-ladang. Penggunaan daun pisang ini adalah sebagai pengganti pinggan dan bukannya untuk dimakan. Selain daripada meningkatkan lagi kepelbagaian penggunaan pokok pisang. Ramai yang mempercayai bahawa haba dari nasi panas dan daun pisang memberikan aroma pada nasi yang menyelerakan

Hidangan nasi daun pisang  ini mengandugi bahan seperti Nasi manis, dua kari sayuran, kottu sambar, rasam, spl kuzhambu, susu mentega, appalam, cili mentega, jeruk dan catni.cara pemakanan nasi daun pisanag agak mudah  , gaulkan kuah dan lauk  dengan menggunakan dengan menggunakan tangan  sahaja yang dipraktikan selama ini oleh masyarakat india .harga hidangan ini rm 11.50 dan ia agak perpatutan bagi kami

Adab pemakanan pula Pada kebiasaannya orang India Selatan akan meninggalkan sedikit sisa pada daun. Sisa ini sengaja ditinggalkan bagi diberikan kepada dan haiwan.Selain itu selepas makan, adalah menjadi kebiasaan untuk melipat daun pisang itu.Contoh melipat ke arah bertentangan biasanya diamalkan di majlis pengkebumian sebagai melambangkan bahawa seseorang itu tidak ingin kembali untuk melalui peristiwa sedih sebegitu lagi.

Itulah sedikit sebanyak sejarah nasi daun pisang yang kita ketahui di Malaysia.



EmoticonEmoticon