Gulab jamun

Gulab Jamun

Perkataan gulab jamun berasal dari bahasa persian iaitu gol (bunga) dan āb (air), yang merujuk kepada sirap air ros wangi Dan jamun pula berasal dari bahasa Hindustan yang membawa pengertian buah India dengan saiz dan bentuk yang sama. Ia sangat popular di selatan Asia seperti India, Sri Lanka, Nepal, Pakistan dan Bangladesh, dan juga di negara-negara Caribbean seperti Trinidad, Guyana, Suriname and Jamaica dan Mauritius. Di India, pepejal susu akan dipanaskan dengan api yang perlahan dan panjang sehingga kebanyakan air dari susu meruwap. Susu pepejal yang dikenali sebagai khoya ini akan diuli menjadi doh dan kemudian akan dibentukkan menjadi bebola kecil . Bebola akan digoreng sehingga keemasan . Selepas itu bebola itu akan direndam dalam air gula yang dipanggil sirap gula. Sirap akan dimasak dengan biji pelaga hijau dan air ros dan sedikit saffron jika suka . Gulab jamun sering disajikan semasa majlis perkahwinan atau untuk sambutan hari lahir.




EmoticonEmoticon