Ahad, 6 Oktober 2019

Tentang Blog ini

Saravana Bhavan

PENGENALAN


Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai dipenuhi oleh penduduk yang berbilang kaum.Penduduk Melayu, Cina, India dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India. Tiga kaum terbesar ini mempunyai pelbagai adat dan budaya tersendiri dalam mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. Dalam menyumbang kepada perpaduan kaum, terdapat banyak aspek yang mempengaruhinya seperti cara pemakanan, sambutan perayaan, pemakaian tradisional dan pelbagai lagi. Dalam kajian ini, kami telah memilih untuk mengkaji bagaimana tradisi makanan sesuatu kaum itu dalam menyumbang ke arah perpaduan kaum. Seperti yang kita sedia maklum, setiap kaum di Malaysia ini mempunyai sejarah tentang makanan tradisional kaum masing-masing .

Dokumentari yang akan diolah oleh kumpulan kami bertujuan untuk menganalisis lebih teliti terhadap  makanan kaum india di Malaysia. Delikasi dari kaum ini boleh diketegorikan kepada tiga kumpulan iaitu, makanan tradisional, kuih muih dan juga makanan harian.

Kumpulan kami bercadang untuk mengecilkan skop terhadap kawasan di sekitar Jalan Masjid India. Kawasan tersebut terkenal dengan pelbagai jenis barangan jualan dan juga restoran yang khusus disediakan mengikut resepi asli dari kaum mereka sendiri. Oleh sebab itu, Kawasan ini telah menjadi antara kawasan yang sering dikunjung para pelancong atas asbab untuk merasai delikasi kaum tersebut. Kami berharap dengan mengunjung ke lokasi ini, kami dapat menyelidik dan menambah informasi terhadap makanan dari kaum India dengan lebih teliti.Dan akhirnya kami berjaya menemui kedai makanan india Saravana Bhavan untuk merasai sendiri makanan india.





OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan atas dasar dapat mengenal pasti makanan tradisi tiga kaum India . Kajian ini juga dapat menunjukkan betapa makanan tradisi dapat membentuk perpaduan kaum di Malaysia

Dalam menjalankan kajian ini, tiga objektif telah ditetapkan untuk dicapai. Pertama, mengenal pasti makanan yang terkenal di bagi kaum India. Kedua, mengetahui keunikan dan daya tarikan yang ada pada setiap jenis makanan tersebut Jalan Masjid India KualaLumpur.dan ketiga ialah membincangkan bagaimana keunikan makanan tradisi setiap kaum ini mampu untuk membentuk perpaduan antara dalam kebudayaan kaum india di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.
·